Wednesday 30 November 2011

Membuat Mahkota Dengan Kad Manila

Murid-murid 1C telah belajar membuat mahkota dengan kad manila semasa waktu Pendidikan Seni. Mula-mula, murid-murid melukis bentuk mahkota yang direka oleh mereka pada kad manila. Selepas itu, mereka melukis dan mewarna corak dan gambar pada kad manila. Setelah siap, murid-murid menggunting bentuk mahkota tersebut dari kad manila.





Ton Warna

Ton Warna
Ton Warna disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam Jika menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk mendapatkan warna cera. Untuk mendapatkan ton warna gelap, warna ditindihkan lapisan demi lapisan. Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.

Monday 28 November 2011

Membuat Bakul Kecil Dengan Kertas Majalah

Membuat Selipar Kecil

 Langkah-langkah membuat selipar kecil:

1. Melakar dan melukis saiz dan bentuk selipar di  
    atas kertas lukisan.
2. Menghiasi dan melukis corak di selipar, kemudian warnakan.
3. Guntingkan bentuk selipar yang terdapat di kertas lukisan.